Polis sedang menyiasat pemilik akaun Facebook ‘Uthaya Sankar SB’ berhubung hantaran yang menghina Nabi Muhammad S.A.W pada 7 April lalu.<br /><br />Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, suspek berusia 50 tahun itu telah ditangkap di Taman Sri Muda Shah Alam pada Isnin.
